Bagi mereka yang mencari t-shirt yang selesa untuk dipakai di siang hari, T-shirt Microfiber adalah pilihan yang terbaik. 
Terdapat 5 kelebihan yang akan kami kongsikan sebelum anda memakainya. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang T-shirt Microfiber serta bagaimana untuk menempah T-shirt Microfiber dengan Indigo MY T-shirt Factory.

Apa Itu Microfiber T-Shirt?

Kebanyakkan kita di Malaysia ini biasa dengar dan pakai baju yang diperbuat daripada kapas atau Cotton. Tapi tahukah anda, terdapat juga baju yang menggunakan bahan selain daripada Cotton?

T-shirt microfiber diperbuat daripada bahan sintetik yang biasanya dicampur bersama nilon dan poliester. 

Seterusnya, ianya dibuat lebih halus dari kapas dan selalunya menggunakan serat nabati dan membentuk sejumlah besar microfiber berbanding dengan kapas.

Selain itu, ianya lebih kuat berbanding dengan kapas kerana campuran polimer dalam microfiber tersebut dan ia membuatkan kain itu lebih berkualiti dan selesa terutamanya untuk bersukan.

Mari kita lihat pula ciri-ciri menarik yang terdapat pada microfiber shirt ni.

T-shirt Microfiber style design

Ciri-Ciri Menarik T-shirt Microfiber.

1 - Microfiber Tahan Lebih Lama

Disebabkan fiber sintetik, kualiti baju ini adalah lebih bagus berbanding kapas. Anda pernah mengalami di mana baju anda cepat rosak apabila mencuci menggunakan mesin basuh kan? Jangan risau kerana microfiber shirt tahan terhadap cucian mesin basuh. Tidak kira lah berapa kali pun anda basuh baju anda, kualitinya tetap akan sama seperti sediakala. Ianya tidak mudah terkoyak dan senang untuk dijaga.
T-shirt Microfiber yang selesa dipakai

2 – Menggunakan Bahan Yang Ringan Dan Selesa Untuk Dipakai

T-shirt Mircofiber menggunakan bahan yang mengandungi kepadatan yang rendah, oleh itu baju ini ringan dan selesa untuk dipakai. Pakaian ini sesuai dipakai untuk bersukan, olahraga dan mendaki bukit atau gunung. Materialnya yang ringan ini juga boleh dipakai setiap masa sekiranya anda kerap keluar dan melancong juga sesuai untuk penggembara dan backpakging.
 T-shirt Microfiber simple design

 3 - T-shirt Microfiber Senang Untuk Dicuci

Baju yang terkena kotoran semasa makan atau melakukan aktivite alsak pasti akan membuatkan anda hilang mood kan? Tetapi dengan T-shirt Microfiber anda tidak perlu risau lagi! Ini kerana baju T-shirt Microfiber sangat senang dicuci tidak kira apa jenis kotoran seperti lumpur mahupun makanan yang tumpah. 
 

4 - T-shirt Microfiber Tidak Mudah Untuk Berubah Bentuk

Seringkali berlaku keadaan apabila baju berubah bentuk selepas dicuci. Ini terjadi apabila pakaian yang dibasuh itu diperbuat daripada material yang tidak berkualiti. Tetapi dengan T-shirt microfiber ini, anda tidak perlu risau dań khuatir lagi kerana material baju diperbuat daripada serat yang kuat membuatkan ia sukar berubah bentuk. Jika anda seorang pemain bola sepak atau pun suka bersukan, anda juga tidak perlu risau untuk baju anda mengembang sekiranya ditarik dengan kasar.
 T-shirt Microfiber select untuk dipakai
 

5 - Tidak Menyerap Peluh

Penyerapan wick membuatkan baju ini sangat popular dan disukai dikalangan rakyat Malaysia kerana ianya membuatkan baju cepat kering. Dengan penyerapan ini, peluh mampu diserap dengan cepat dan mempercepatkan proses pengeringan. Material ini sangat sesuai untuk mereka yang bersukan kerana T-shirt Microfiber Indigo MY cepat menyerap peluh.